Sebagai pemilik flat / pangsapuri persendirian / bangunan pengcakar langit, anda adalah bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan keselamatan tingkap-tingkap anda. Pemeriksaan tingkap yang kerap harus dilakukan untuk memastikan keselamatan tingkap-tingkap anda. Tingkap yang terjatuh akan menyebabkan kecederaan yang serius dan mungkin akan mengorbankan jiwa.
Berikut adalah beberapa panduan asas ( bukan untuk digunakan sebagai penanda aras). Langkah yang terbaik adalah mendapatkan khidmat kontraktor yang layak untuk pemeriksaan yang tepat atau anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat and pemeriksaan tanpa paksaan pada pihak anda.
Berdasarkan undang-undang BCA/HDB, pemilik-pemilik rumah bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan retrofit rivet aluminium pada pendakap tingkap mereka kepada rivet keluli kalis karat yang mematuhi piawaian BCA/HDB yang sedia ada.
Syarat-syarat keselamatan minima untuk pemasangan / penggantian tingkap Aluminium yang baru.
|
Pendakap Tingkap Aluminium
|
Tingkap Gelongsor Aluminium
|
Bahagian |
Keperluan |
Bahagian |
Keperluan |
|
Geseran tetap
|
a) Keluli kalis karat gred 304 or setara
b) Ketebalan minima tidak kurang dari 2.5mm
c) Panjang tidak kurang daripada ½ lebar tingkap
|
1) Alat-alat keselamatan
|
a) Untuk memasang yang berikut:
(i) Tingkap gelongsor Poliethelene dengan Alat keselamatan “self-locking” ( 2 per panel)
(ii) Penutup resin sintetik pada atas bingkai tingkap luar [ minima 2 per panel lebar dan ulang yang sama sepanjang trek. Penutup mestilah diletakkan pada rivet/skru keluli kalis karat gred 304 atau setara dengan ukuran minima 4 mm diameter. Rujuk lukisan untuk jarak penutup.]
(iii) Bahagian luar bawah bingkai dengan sudut tetap menghadap keluar
b) Dimensi "b" mestilah minima 1.5 kali dimensi "a"
|
|
Dedaun tingkap
|
a) Lebar maksima tidak melebihi 700mm
|
2) Panel gelongsor
|
a) Lebar maksima tidak melebihi 1,200mm.
|
|
3) Bahagian aluminium untuk skru sambungan
|
a) Ketebalan minima 2.75mm
|
Aluminium boleh laras /Lohong tingkap kecil tetap
|
|
Sambungan penyokong geseran untuk bingkai tingkap
|
a) Skru keluli kalis karat gred 304 bersaiz minima no.8 (4mm). Jika bahagian aluminium itu kurang daripada 3mm tebal, skru bersalut epoxy boleh digunakkan.
b) Minima 4 skru pada setiap bahagian penyokong geseran.
|
1) Lourves Kaca
|
a) Ketebalan minima kaca tidak lebih daripada 6mm
b) Jenis Kaca-wayar
|
|
Pendakap pepenjuru ( jika digunakkan) untuk sudut tingkap
|
a) Pendakap pepenjuru beracuan zink
|
2) Alat keselamatan pada tingkap kecil kaca
|
a) Tetupai aluminium channel-U pada setiap tingkap kecil kaca
|