| |
Soalan Lazim
Pertanyaan Umum
- Kenapa kami perlu untuk melihat contoh yang sebenar?
Melihat dan menyentuh contoh yang sebenar akan membolehkan anda melihat dan merasa produk sebelum membuat pesanan. Warna dan tekstur pada katalog / skrin mungkin akan berbeza.
- Kenapa anda perlu ke lokasi kami untuk membuat tinjauan?
Ini kerana kami boleh melakukan penilaian dan pemeriksaan yang lebih tepat di tempat anda sebagai projek analisis. Kami juga boleh memberi nasihat and penyelesaian yang lebih untuk projek itu. Setiap pemasangan adalah berlainan dan setiap projek memerlukan penyelesaian yang berbeza.
- Kenapa ada kalanya anda mengenakan cas keseluruhan dan ada kalanya menggunakan kaki persegi atau per set?
Ini kerana setiap sebutharga adalah berbeza. Ianya bergantung kepada produk, jumlah dan quantiti yang dipesan.
- Kenapa saya perlu menandatangani invois perjanjian?
Kami perlu membuat pesanan anda dengan tepat. Semua pesanan akan bergantung kepada apa yang tertulis didalam invois perjanjian. Ini akan memastikan anda akan menerima apa yang anda telah pesan.
- Kenapa saya perlu meletakan wang pendahuluan?
Kami perlu mengesahkan status projek sebelum membuat pesanan. Ia juga adalah sebagai “perlindungan” kepada anda dan kami dibawah undang-undang untuk memastikan apa yang tertulis di dalam perjanjian itu akan dilakukan.
|
|
|
|